Monday, September 3, 2012

Azam nak kuruskan badan! Hehehehe

Ni la besikal aku.. Aku jual motor aku, aku ambik basikal nih. Rege besikal nih, same cam rege moto aku. X kurang sesen pon.

 Tengok tuh, da belapik perot aku tuh.. Xlalu asyik kene bahan ngan kengkawan.
Separoh dari geng boncen aku..

Monday, June 25, 2012

Suami mithali ;o

AKU : Yang, nape x basuh baju gune mesin jer? 
WIFE : Sayang rase macam x bersih la b..
AKU : OWH.. Abis tu sume baju2 tu syg nak gosok dengan tangan? 
WIFE : Ha'ah.. 
AKU : Xpenat ker tangan sayang tu? 
WIFE : Penat.. 
AKU : Da tu? 
WIFE : Nak wat camane.. kene basuh jugak la..
AKU : Sian yang..
WIFE : ................... :-)


Sian kan seseorang yang bergelar ISTERI.. Dengan penat lelah yang dilalui seharian di tempat kerja, balik pulak diorang kene menjalankan peranan sebagai isteri. Kalau ditanya pada SUAMI, adakah kalian semua mampu untuk menjalankan tugas2 seperti ISTERI. Semua kata mampu. Semua kata sanggup. Tapi kenyataannya, hanya ego memberi jawapan, tetapi bukan dari hati yang tulus ikhlas. 1 jari tunjuk kehadapan, 4 Jari tunjuk kebelakang. Renung2kan. Peace =)


TIPS :
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.


3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.


4. Elakkan terlampau banyak komplain.Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.


5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.


6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.


7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.


8. Jangan merendahkan keinginan dia.Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.


9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian?


10. Pesanan Rasulullah S.A.W.Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.


Kesimpulannya, jangan kalian lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah meminta supaya perkahwinan kalian bahagia dunia dan akhirat, InsyaAllah...

Saturday, June 23, 2012

Ular kontot

Ari ni panas betul aku rase.. selalu memang panas, tapi hari ni lain macam rase panasnyer.. tengah sorang2 aku landing kat dalam bilik, tibe2 aku dengar orang menjerit. Aku pun cepat2 la bangun keluar. Rupe2nyer, Kak Lucy (pekerja kakak ipar aku) yang menjerit. Aku tanye la kenape, tecungap2 die cakap kat aku die tertetak badan ular. Aku pun x berape nak berani sangat nak g tengok sorang2. Aku pun panggil la Kiplie (pekerja abg ipar aku plak). Datang la si Kiplie ni dgn kawan die bawak buluh.. Dah die tetak2 kepala ular tu dgn buluh, baru la aku g tengok rapat2. Aku pun cuak gak sebenarnyer.. hehe..Yelar kan, bantainyer ular tu spray aku ngan bise die, x ke naye.. Menjanda plak bini aku.. Bila da mampos ular tu, Kiplie ni pon bawak la kat aku.. Laa.. Upernyer ular sawa pendek... tapi besar badan die.. Mak mertua aku cakap ular sawa tu memang pendek tu.. die xleh membesar cam ular sawa batik.. Tapi dalam ati aku, ular tetap ular.. kaki belit gak kan.. Pastu, Kak Lucy ni nak buang dalam sungai kt depan umah mak mertua aku tu.. Aku cakap, Akak jangan buang ular tu, baik jual kt restoran cine. Dapat gak akak duit nanti. Die cakap kat aku, baik la kamu aja yang jual..  Aku nggak tau dimana mau jual ini ular. Dalam ati aku, ye x yer gak. Die mane la tau kedai2 yang ade kat Tapah ni. Sebab die pun bukannyer rajin sangat keluar dari kampung ni. Aku pun suruh la si Kiplie tadi letak dalam guni. Aku ambik kunci kete, aku pun gerak la ke Bidor.. (sebab aku terkenang arwah tok aku penah jual kat restoren cine depan kampung dulu). Sampai jer aku kat sane, aku pun panggil la tokey restoren tu. Tokey, lu mau ka ular sawa pendek? Die cakap, ayya... saya tengok ular pun geli lagi mau makan ka?.. Lu kasi free pun saya x mau... Alamak... (dalam hati aku) terasa malu semacam plak aku. Mesti tokey tu ingat aku ni da xde duit sangat sebab nak jual ular ni kat die. Aku pun blah la dari restoren tu.. Terus aku campak bangkai ular tu dalam sungai Bidor. Aku pun singgah la kat umah ayah aku. Pasal bangkai ular tadi da setle. Aku bukan xde duit sangat pun kalaw x jual ular tu tadi.. hehe.. Sebab nak tolong indon tu jer... Tapi da xde rezeki indon tu.. Nak wat camane.. Xkan aku nak paksa cine tu beli gak bangkai ular tu.. (Aku pikir cine sume die hentam..tolak batu ngan taik jer..hehe, jangan marah...) 

Monday, May 28, 2012

Bling2** Kawan Aku da kaweng!

Morning ollz =) Tetibe pagi ni mood aku cam nak buat karangan plak. Blog ni jadi tempat untuk aku wat karangan jer.. Yelah, kalaw aku cite kat wife aku, 3 minit pastu mesti die da dengkur. Hehe. Sejak aku beli pancing baru ni, buleh kate ari2 aku g mancing. Tapi sejak aku beli pancing tu, jadi bangau jer memanjang. Tapi aku tetap gak g mancing. kalaw bawak kengkawan, mesti diorang yang dapat. Setiap kali mesti macam tu.. Meme bukan ikan2 dalam air tu dah ditakdirkan untuk aku kot.. =( Sebut pasal takdir ni, baru ni x roomate aku kawen gak akhirnya.. Rasenyer belom terlambat lagi aku nak wishkan Selamat Pengantin Baru pada Nami dan pasangan. Bukan main senyum ko kat atas pelamin tuh. Ni aku nak share gambor die. Tapi gambor yg aku nak share nih bukan atas pelamin la.. Nah tengok.


Ade macam Aaron Aziz x? hehehe.. 

Pasni xde la port aku nak numpang tdo da.. Die ni pon da pindah duk kat ipoh.. baguih ler.. Tempat suami kene berada di sisi isterikan.... kalo x sape nak lindungi isteri tu. Tinggal la mat sorang jer kat Seri Iskandar tu...
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat yer Nami dan tabah mengharungi segala dugaan yang mendatang. Gud luck bro!!!

Sunday, April 1, 2012

One more story 2 share.. Q.A.D 12.03 p.m


kawan2,
sebelum ada yang tersilap tafsirkan, biarlah aku terus terang.

sebanyak mana aku sembah minta pujuk dan rayu, tuhan belum rezekikan aku dgn zuriat sendiri. tak perlu beri apa2 respon kasihan-- aku sudah lama redha dengannya.

orang tua2 kata,
orang yang paling suka budak--
biasanya tuhan tak bagi anak.
sebab kalau semua wanita berzuriat sendiri--
anak2 yang tak berbonda berbapa--
siapa pula yang hendak menjaga.

one man's trash is another's treasure,
kata orang putih.
dari kesusahan orang, wujud kesenangan yang lain,
kata orang kita.

dan untuk aku meraung ketidakadilan--
rasanya tak ada perlu.
mungkin rezeki aku tidak ada di bahagian zuriat.
tapi aku punya suami yang paling memanjakan.
aku punya keluarga yang paling mengamankan.
aku punya kerja yang paling menyenangkan.

dari zaman aku bujang, sampai sudah bersuami.
dari zaman ada wang, sampai hidup di stesen minyak.
aku sentiasa rasa cukup.

setiap kesusahan aku adalah peringatan tuhan tentang kesenangan yang menunggu aku.
aku cuma perlu sabar.

:)

aku tak punya niat menyembunyikan hakikat siapa bayi ini. jauh sekali melarikan hak bonda dan ayahanda sebenarnya. maka aku perlu khabarkan pada semua terang2 dari hari satu. maka tidak timbul apa juga jenis kata.

kalau orang selalu kata "anak itu pinjaman dari tuhan",
aku kata "anak aku adalah pinjaman dari orang yang meminjam".
dan aku begitu bersyukur kerana aku memahami potensi peminjam tadi merasakan perlu untuk mengambilnya semula.

aku serahkan bulat2 pada Allah subhanahu wata'ala.

kawan2,
anak ini akan membuka matanya kalau diizin tuhan jun ini. aku dan suami cuma tahu hadiah ini bermula semalam pagi; maka semua ini masih terlalu lekas untuk kami. dua bulan untuk mempersedia semuanya. untuk berkenal2 dan terus dibawa ke sini.

aku perlu doa kalian semua.
moga dipermudah.
moga tak ada yang menyusah.
insyaAllah.

*pause*

dan sebagaimana sesetengah kamu sudah mula bertanya,
anak ini akan mahu tau asal-usulnya.

menjadi seseorang yang punya suara (walau tidak besar mana), teguh aku lantangkan di sini-- tidak ada dosa menjadi dia. kita adalah generasi ibubapa terbaru. kita boleh didik anak kita untuk tidak mempermain anak2 yang tarafnya begitu.

dan dosa bagaimana pun ibunya dulu--
akan terlahirnya zurat sendiri--
tersuci segala dosa walau besar mana.
dengan syarat bertaubat takkan mengulangnya.

aku suka untuk menyampaikan apa yang ayah mertua aku selalu bilang:
orang2 yang masuk penjara seumur hidup kerana dosa apa pun juga,
kalau setiap hari djaga solat, dihafal quran dan terpelihara dari dosa2 lama--
ke syurga dia.

kita?
belum tahu mana akhirnya.

kawan2,
anak2 aku ini. bersih.
aku minta berhentilah kita mengata2.

supaya lebih mudah untuk ibu2 dan bapa2 seperti aku menjadikan mereka milik kami pula.
bila masyarakat berhenti memomokkan dunia dan menafikan hakikat kita punya ramai anak2 tersilap langkah--
anak2 begini takkan dibunuh dan dilempar ke tong2 sampah.

berilah peluang pada kami.
berilah peluang pada anak2 kami ini.

bagi kami--
mereka anak kami--
untuk kami--

cuma dilahirkan bukan dari rahim ini.



Barakallahu Fik

Friday, March 30, 2012

Moral Story

Sambil aku baca hal kawan2 aku kat wall FB, tibe2 jer aku terbaca satu artikel nih. Entah dari mana dia dpt artikel ni, pastu die share kt FB die. Sedih betol aku baca cite ni.. Tersentuh betul aku.. Tambah2 pulak sejak kebelakangan ni, kes sosial makin meningkat. Yg paling ketara sekali, kes pembuangan bayi. Nauzubillah.. So, pada yg empunya artikel ni, hasil kreativiti anda dlm usaha nak menegur masyarakat dengan cara ni, sangat2 lah murni.. It's a good work. So, sama2 la kita layan cerita ni. Ambil lah ianya sebagai pengajaran..Barakallahu Fik. Q.A.D 9:08 p.m


Ibu....Ayah....Kenapa Begini??

Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..." 9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia. Oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. Tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu. Hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam peutnya. Saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perut.

Ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perut segala..." tapi apa kan daya mulut saya belum terbentuk sempurna. Tapi kan saya sungguh pelik. Kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. Oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perut agaknya...
Malam nih ibu tidur lewat. Ibu tunggu ayah barangkali. Mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. Ibu..... saya sejuklah. Tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. Takper, saya rela bersejuk. Sampai 2pagi baru ayah datang. Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
Kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perut, mana boleh ngorat. Tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. Bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise. Romantiknya ibu ayah saya!! mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

Tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
Cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perut ibu. bergegar saya dalam perut ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah. Belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham.... then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
Ayah tolak. Aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot? ganasnya ibu ayah saya. Tiba-tiba ayah pijak perot ibu. Adoi sakitnya saya!
Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. Jom lah kita kawin..." ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
Yer la saya pening di sepak terajang. tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
Kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
Kenapa...................

Lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi. Ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. Ibu duduk dengan kawan dia. Aunty Mira kot nama dia.
Saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas. Saya sakit tau bila ibu minum air nenas? tapi... ibu sayang saya. Jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
Tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. Pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. Saya tak paham lah kenapa. Kenapa yer korang?
Makin lama, saya makin besar. Ibu dah tak penah keluar rumah.
Yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. Jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidur.

Saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. Mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
Nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu.. Oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. Dia tengok ibu. Dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. Ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. Mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. Sukanya saya.
Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah nih pandai bergurau lah. Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
Ayah tak pegang pon saya. Mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.

Tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe. Dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perut ibu.
Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah.
Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? Kenapa ibu tak pergi hospital pon? IBU, SAYA NAK KELUAR NIH..... ibu mengerang dan meneran kuat.
Saya nampak aunty Mira duduk tepi katil dan biar ibu terus meneran dan keluarkan saya. Aunty Mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..." dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
Kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan? maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. Saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. Itu janji saya pada ibu.... dan ayah. Aunty Mira letakkan saya dalam kain batik. Ape la aunty nih mandi kan la saya. Tak seronok lah ada darah-darah nih. Karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. Ibu dah la tengah terbaring sakit.

Wah indah nya dunia. Ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. Akhirnya saya terkeluar juga. nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas. Tiba-tiba ayah datang. Ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. Ayah angkat saya laju-laju . Rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe. Ayah bawak saya keluar rumah.

Ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU. dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. Tapi ruang yang terbuka cuma kecil. Ayah tutup saya dengan beg kerjanya. Sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. Saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok. Tak sabarnya di peluk, di cium.... dan ayah berenti di satu rumah flat. Mungkin nenek dan atok saya duduk sini. Ayah bawak saya naik atas, guna tangga. Kenapa tak guna lif ayah? Saya kan berat kesian ayah. Nanti saya balas jasa ayah yer. Sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. Sunyi tempat tu.
Mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. Ayah ni kan...... ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. Ayah ikat semua sekali. Sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELUM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELUM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELUM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELUM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

Dan saya rasa saya tercampak jauh..
Berlegar-legar sebentar sebelum terus jatuh mencium tanah.
Sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah............. Mungkin saya di takdirkan untuk hidup hanya setakat ini. tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH AYAH KU.......
TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIDUP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDUP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDUP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDUP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan. Semoga menjadi ikhtibar dan pengajaran..
Barakallahu Fik