Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432 HIJRAH kepada semua kenalan serta saudara. Jadikan Ramadhan kali ini lebih barakah serta mendapat rahmat dari Allah S.W.T

Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


Tuesday, July 26, 2011

Perkenalan XOXO

Dah lama pulak x bukak blog ni. Tapi rasa macam baru semalam jer aku tinggalkan blog aku nih. Anyway, sambungan dari last post aku yang da lapok tu, so keadaan masa ni, dah semakin ok. Alhamdulillah.. Berkat rahmat dari Allah S.W.T mendorong aku sampai ke tahap ni. Aku sentiasa bermohon, Allah akan sentiasa dengan aku untuk masa-masa akan datang.
Sekarang aku dah bertunang.. hihi. Seronok pulak.. Yerlah kan, sebelum ni kan macam-macam masalah berlaku kat aku.. So sekarang ni aku dah bergelar tunang orang. Seronok sebenarnya bertunang ni.. Dah lama sangat aku nantikan saat ni. Perkara ni berlaku dengan pantas dan di luar dugaan hidup aku. Simple sangat-sangat tapi penuh bermakna bagi aku.

Ok, aku nak perkenalkan tunang aku, Esyatul Zahra namanya. Umur sebaya dengan aku, kami berdua lahir pada tahun yang sama. 1985. Aku bulan May, dia bulan Disember. Banyak jugak la persamaan kami. Kenal tak lama sangat, tak sampai sebulan, aku dah suruh family aku risik dia. (amacam, ada beran?) Bulan depannya, terus kami bertunang... Kira aku bercinta mengikut adat dan agama la kan.. Dalam masa kami bertunang ni, masa nilah yang kami gunakan untuk kenal hati budi maasing masing.. Esya bukanlah pilihan orang tua aku, tapi dari pilihan aku sendiri. (Ada lagi ker pasangan yang di'arrangekan' oleh orang tua?) Maybe ada la kot, tapi tak ramai aku rasa. Sebenarnya, jodoh, nasib dan ketentuan seseorang tu, kita kena tawakal pada Allah S.W.T. Sebabnya, kejadian kita ni dah ditentukan jalannya. Baik ke seseorang tu, jahat ke jadinya.. Kaya ke, miskin ke.. Termasuklah jodoh dan nasibnya. Semua dah ditentukan. So, apa saja jalan yang korang rasa sesuai, korang ikut lah.. X semestinya pilihan keluarga tu tepat, dan x semestinya juga pilihan kita tu tepat.. Apa yang boleh kita buat, berdoa la pada Allah S.W.T supaya diberi pilihan yang sempurna.. Jangan la risau tentang hal ni..

Nak diceritakan pada korang perjalanan perkenalan kami, aku rasa macam x manis pulak. Sikit-sikit boleh la kot. Aku kenal Esya, dalam Facebook. Waktu tu aku tengah besedih jugak la.. Semua post aku yang ada kat facebook tu, semua post-post sedih. Nak dijadikan cerita, entah macam mana Esya boleh comment kat 1 post tu. (Sebenarnya, aku sendiri x tau bila aku add dia jadi friend aku. Hihi.) Lepas tu apa lagi, terus aku bukak page dia. Untuk apa? Untuk siasat la.. Apa lagi.. Kena la siasat dulu.. Sapa dia ni, bini orang ker, awek orang ker.. Elok jer aku bukak page dia, BOOOMMM! Sah! dia pun ada problem macam aku jugak. Haha.. Status dia pun lebih kurang dengan aku jer.. Apa lagi, terus la aku chat dengan dia. Masa tu la pun nak ngoratnyer.. Feeling time tu lain macam.. lain sangat. Sumpah x tipu. Rasa macam jodoh tu kuat. Dalam hati aku ni cakap, mungkin ini lah jodoh aku. Tapi ada masalah sikit time tu. Esya ni, dia suka letak pic dia dengan kawan kawan dia. Aku susah nak cam dia ni yang mana 1. Jenuh jugaklah aku mengayat dia dalam facebook tu. Ajak jumpa jer, xnak. Seminggu aku hidup xtentu arah. Bak kata pepatah mandi x basah, tidur x lena, makan pun x kenyang. Sehari x dapat chat dengan dia, Ya Allah.. Rindunyer bukan kepalang! Sudahnyer, aku sendiri yang pegi cari dia. Haha.. apa nak buat bro, hati dah berkenan. Atlast, aku dapat jugak cari tempat kerja dia. Masa tu aku baru balik kerja. Naik superbike time tu. Pakai helmet fullface, so xda la kantoi kan. Sampai jer kat office dia, sekali dah tutup.. dengan hampa aku pun blah dari situ. Nak dijadikan cerita, masa tu traffic light merah. Aku lalu tengah- tengah 2 buah kereta ni, aku perasan awek dalam kereta kancil ni, aku pun pandang sekali imbas jer la.. Al maklumlah, tengah macho time tu. Cover perut pun yer.. hihi. Xsangka rupanya, Esya dalam kancil tu.. Selang seminggu lepas tu, baru la kami berdating buat kali pertamanya.. Itu lah kan.. kalau Allah nak temukan kita dengan jodoh kita, xkan kemana kan? Mulanya aku pelik jugak.. tapi bila aku fikirkan balik, itulah ketentuan dari Allah S.W.T yang Dia bagi pada aku.

Dah nak dekat 3 bulan kami bertunang, debaran pun dah semakin memuncak. nak kahwin ni, bukan sikit sikit duit nak pakai. Makan 20 - 30k jugak. Huh.. Pening jugak la nak cari duit. Tapi Alhamdulillah la.. buat masa ni, aku masih mampu. Esya jugak banyak yang dia bantu aku.. Kalau panjang jodoh, 19 November tahun ni, kami berkahwin.. Apa yang aku mintak pada kalian yang membaca blog aku ni, aku harapkan kalian mendoakan kebahgiaan untuk aku dengan Esya. So, setakat ni jer la coretan aku buat kali ni. Alhamdulillah.. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku bersyukur pada Allah S.W.T yang melindungi dan menyayangi diri aku ni. Dan x lupa pada keluarga aku yang banyak memberi dorongan selama ni. Dan ucapan terima kasih aku jugak pada Esyatul Zahra (tunang tersayang) yang banyak menghabiskan masa, dorongan, kasih sayang, dan perhatian dia kepada aku tanpa rasa jemu. Thank you so much! Aku sangat menghargai semua usaha kalian!

Mak dan Esya

Aku dan Pak Usop

Keluarga Esya

Keluarga ku yang tercinta