Monday, February 7, 2011

Selamat berjauhan..

1 Okt 2010 Aku terima surat kelulusan dari Pengarah UiTM Perak yang menyatakan permohonan perpindahan aku ke UiTM Kampus Tapah diluluskan. Bersyukur tak terkira. Yang aku terpandang ketika difikiran, wajah bapa aku yang keseorangan di sana. Aku peneman.

7 Jan 2011 peralatan serta perabot PUiTM Perak dihantar ke PUiTM Kampus Tapah setelah Pengarah UiTM Perak bersetuju untuk menjadikan bilik bengkel diubah suai menjadi pusat sumber sementara di UiTM Kampus Tapah sementara menunggu fasa ke2 pembangunan tapak UiTM Kampus Tapah yang mana menempatkan bangunan perpustakaan yang diilhamkan sendiri oleh Pemangku Ketua Pustakawan, Puan Faridah Talib. Terima kasih kepada staf yang bertungkus lumus membantu untuk persedian awal ini. Jasa anda amat dihargai. (Puan Jamilah, En. Shamsul, Tn. Hj. Abd Razak, En. Rahman, En. Zulkifli dan juga En. Razman)

24 Januari 2011 Pusat sumber UiTM Kampus Tapah secara tidak rasminya dibuka untuk keperluan pelajar di sini. Kapasiti pusat sumber ini boleh menempatkan 36 orang pengguna pada satu masa. Perkhidmatan yang disediakan ialah, pinjaman bahan seperti buku rujukan, buku am, majalah, dan lain lain. Di sini juga terdapat 4 buah komputer untuk kegunaan pelajar dan menunggu kelulusan dari bhg. sistem maklumat untuk meluluskan 1 unit mesin scanner serta 1 unit mesin pencetak. Permulaan yang sederhana, tapi penuh berguna.

2 Feb 2011 meraikan majlis perpindahan staf ke UiTM Kampus Tapah. En. Mohd Amirul Hafidz Ahmad dan Cik Sarina Kharidin serta Puan. Suzana yang berpindah ke UiTM Kampus Teluk Intan. Teks ucapan yang aku sediakan ringkas tapi penuh emosi. Maklumlah, dari mula aku berkhidmat di Perpustakaan UiTM Perak (1 Okt 2007), pelbagai pengalaman serta kenangan pahit manis ketika aku di sana. Dan kerana pengalaman serta kenangan inilah yang mendewasakan aku. Terima kasih aku ucapkan kepada staf sokongan Perpustakaan UiTM Perak dan juga kepada pegawai pegawai yang telah banyak memberi aku dorongan juga ilmu bukan sahaja dalam aspek kerja, malah kehidupan peribadi aku juga. Dan ucapan terima kasih yang paling istimewa buat Tn. Hj. Abd Razak yang banyak berkongsi tentang pengalaman hidup dan tidak jemu mendengar masalah aku. Terima kasih! Anda adalah insan yang aku anggap sebagai mentor.

Pada yang sebelum, aku rindu, sehingga kini masih aku sayang. (PUiTM Perak) Kamu, kamu dan kamu sentiasa berada dalam ingatan bukan di hati, tapi sentiasa di fikiran. Pada yang ketika yakinkanlah agar aku benar benar pasti akan keputusan aku. Bergantung hidupku padamu, masa depanku. (PSUiTM Tapah)

Dan sekarang, bermulalah aku sebagai pembantu perpustakaan di UiTM Kampus Tapah. Aku senior, aku contoh, aku melakar sejarah hidup aku di sini sama ada ianya akan menjadi lebih baik atau pun sebaliknya. Aku mohon doa serta dorongan dari semua pihak agar aku terus berjaya dalam kerjaya dan pelajaran bagi aku mengubah nasib hidup. Perkara buruk jauhkanlah, dampingkanlah iman yang teguh agar aku sentiasa patuh kepadaNya. Pada Allah aku berserah dan kepadaNya juga aku pasrah.

Yang jauh ku rindu, yang dekat ku seru, yang termampu aku senyum. Beri ruang dalam ruangan, buka pintu untuk pertimbangkan, bukan bandingan tapi cadangan, buat panduan utuhkan hubungan. Yang lepas jadikan ajaran, hanya keampunan yang aku sandarkan agar diberi jalan yang ehsan. Jika terbaca tolong fikirkan, mudah mudahan Dia berkenan.

No comments: