Monday, June 25, 2012

Suami mithali ;o

AKU : Yang, nape x basuh baju gune mesin jer? 
WIFE : Sayang rase macam x bersih la b..
AKU : OWH.. Abis tu sume baju2 tu syg nak gosok dengan tangan? 
WIFE : Ha'ah.. 
AKU : Xpenat ker tangan sayang tu? 
WIFE : Penat.. 
AKU : Da tu? 
WIFE : Nak wat camane.. kene basuh jugak la..
AKU : Sian yang..
WIFE : ................... :-)


Sian kan seseorang yang bergelar ISTERI.. Dengan penat lelah yang dilalui seharian di tempat kerja, balik pulak diorang kene menjalankan peranan sebagai isteri. Kalau ditanya pada SUAMI, adakah kalian semua mampu untuk menjalankan tugas2 seperti ISTERI. Semua kata mampu. Semua kata sanggup. Tapi kenyataannya, hanya ego memberi jawapan, tetapi bukan dari hati yang tulus ikhlas. 1 jari tunjuk kehadapan, 4 Jari tunjuk kebelakang. Renung2kan. Peace =)


TIPS :
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.


3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.


4. Elakkan terlampau banyak komplain.Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.


5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.


6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.


7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.


8. Jangan merendahkan keinginan dia.Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.


9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian?


10. Pesanan Rasulullah S.A.W.Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.


Kesimpulannya, jangan kalian lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah meminta supaya perkahwinan kalian bahagia dunia dan akhirat, InsyaAllah...

Saturday, June 23, 2012

Ular kontot

Ari ni panas betul aku rase.. selalu memang panas, tapi hari ni lain macam rase panasnyer.. tengah sorang2 aku landing kat dalam bilik, tibe2 aku dengar orang menjerit. Aku pun cepat2 la bangun keluar. Rupe2nyer, Kak Lucy (pekerja kakak ipar aku) yang menjerit. Aku tanye la kenape, tecungap2 die cakap kat aku die tertetak badan ular. Aku pun x berape nak berani sangat nak g tengok sorang2. Aku pun panggil la Kiplie (pekerja abg ipar aku plak). Datang la si Kiplie ni dgn kawan die bawak buluh.. Dah die tetak2 kepala ular tu dgn buluh, baru la aku g tengok rapat2. Aku pun cuak gak sebenarnyer.. hehe..Yelar kan, bantainyer ular tu spray aku ngan bise die, x ke naye.. Menjanda plak bini aku.. Bila da mampos ular tu, Kiplie ni pon bawak la kat aku.. Laa.. Upernyer ular sawa pendek... tapi besar badan die.. Mak mertua aku cakap ular sawa tu memang pendek tu.. die xleh membesar cam ular sawa batik.. Tapi dalam ati aku, ular tetap ular.. kaki belit gak kan.. Pastu, Kak Lucy ni nak buang dalam sungai kt depan umah mak mertua aku tu.. Aku cakap, Akak jangan buang ular tu, baik jual kt restoran cine. Dapat gak akak duit nanti. Die cakap kat aku, baik la kamu aja yang jual..  Aku nggak tau dimana mau jual ini ular. Dalam ati aku, ye x yer gak. Die mane la tau kedai2 yang ade kat Tapah ni. Sebab die pun bukannyer rajin sangat keluar dari kampung ni. Aku pun suruh la si Kiplie tadi letak dalam guni. Aku ambik kunci kete, aku pun gerak la ke Bidor.. (sebab aku terkenang arwah tok aku penah jual kat restoren cine depan kampung dulu). Sampai jer aku kat sane, aku pun panggil la tokey restoren tu. Tokey, lu mau ka ular sawa pendek? Die cakap, ayya... saya tengok ular pun geli lagi mau makan ka?.. Lu kasi free pun saya x mau... Alamak... (dalam hati aku) terasa malu semacam plak aku. Mesti tokey tu ingat aku ni da xde duit sangat sebab nak jual ular ni kat die. Aku pun blah la dari restoren tu.. Terus aku campak bangkai ular tu dalam sungai Bidor. Aku pun singgah la kat umah ayah aku. Pasal bangkai ular tadi da setle. Aku bukan xde duit sangat pun kalaw x jual ular tu tadi.. hehe.. Sebab nak tolong indon tu jer... Tapi da xde rezeki indon tu.. Nak wat camane.. Xkan aku nak paksa cine tu beli gak bangkai ular tu.. (Aku pikir cine sume die hentam..tolak batu ngan taik jer..hehe, jangan marah...)