One more story 2 share.. Q.A.D 12.03 p.m
kawan2,
sebelum ada yang tersilap tafsirkan, biarlah aku terus terang.
sebanyak mana aku sembah minta pujuk dan rayu, tuhan belum rezekikan aku dgn zuriat sendiri. tak perlu beri apa2 respon kasihan-- aku sudah lama redha dengannya.
orang tua2 kata,
orang yang paling suka budak--
biasanya tuhan tak bagi anak.
sebab kalau semua wanita berzuriat sendiri--
anak2 yang tak berbonda berbapa--
siapa pula yang hendak menjaga.
one man's trash is another's treasure,
kata orang putih.
dari kesusahan orang, wujud kesenangan yang lain,
kata orang kita.
dan untuk aku meraung ketidakadilan--
rasanya tak ada perlu.
mungkin rezeki aku tidak ada di bahagian zuriat.
tapi aku punya suami yang paling memanjakan.
aku punya keluarga yang paling mengamankan.
aku punya kerja yang paling menyenangkan.
dari zaman aku bujang, sampai sudah bersuami.
dari zaman ada wang, sampai hidup di stesen minyak.
aku sentiasa rasa cukup.
setiap kesusahan aku adalah peringatan tuhan tentang kesenangan yang menunggu aku.
aku cuma perlu sabar.
:)
aku tak punya niat menyembunyikan hakikat siapa bayi ini. jauh sekali melarikan hak bonda dan ayahanda sebenarnya. maka aku perlu khabarkan pada semua terang2 dari hari satu. maka tidak timbul apa juga jenis kata.
kalau orang selalu kata "anak itu pinjaman dari tuhan",
aku kata "anak aku adalah pinjaman dari orang yang meminjam".
dan aku begitu bersyukur kerana aku memahami potensi peminjam tadi merasakan perlu untuk mengambilnya semula.
aku serahkan bulat2 pada Allah subhanahu wata'ala.
kawan2,
anak ini akan membuka matanya kalau diizin tuhan jun ini. aku dan suami cuma tahu hadiah ini bermula semalam pagi; maka semua ini masih terlalu lekas untuk kami. dua bulan untuk mempersedia semuanya. untuk berkenal2 dan terus dibawa ke sini.
aku perlu doa kalian semua.
moga dipermudah.
moga tak ada yang menyusah.
insyaAllah.
*pause*
dan sebagaimana sesetengah kamu sudah mula bertanya,
anak ini akan mahu tau asal-usulnya.
menjadi seseorang yang punya suara (walau tidak besar mana), teguh aku lantangkan di sini-- tidak ada dosa menjadi dia. kita adalah generasi ibubapa terbaru. kita boleh didik anak kita untuk tidak mempermain anak2 yang tarafnya begitu.
dan dosa bagaimana pun ibunya dulu--
akan terlahirnya zurat sendiri--
tersuci segala dosa walau besar mana.
dengan syarat bertaubat takkan mengulangnya.
aku suka untuk menyampaikan apa yang ayah mertua aku selalu bilang:
orang2 yang masuk penjara seumur hidup kerana dosa apa pun juga,
kalau setiap hari djaga solat, dihafal quran dan terpelihara dari dosa2 lama--
ke syurga dia.
kita?
belum tahu mana akhirnya.
kawan2,
anak2 aku ini. bersih.
aku minta berhentilah kita mengata2.
supaya lebih mudah untuk ibu2 dan bapa2 seperti aku menjadikan mereka milik kami pula.
bila masyarakat berhenti memomokkan dunia dan menafikan hakikat kita punya ramai anak2 tersilap langkah--
anak2 begini takkan dibunuh dan dilempar ke tong2 sampah.
berilah peluang pada kami.
berilah peluang pada anak2 kami ini.
bagi kami--
mereka anak kami--
untuk kami--
cuma dilahirkan bukan dari rahim ini.
Barakallahu Fik
No comments:
Post a Comment